Format Rancangan Big_Stage_(musim_2)

Seramai 12 bintang BBNU yang terdiri daripada 6 bintang lelaki dan 6 bintang wanita bersaing dan berentap di pentas utama Big Stage yang berlangsung selama 8 minggu untuk musim kedua. Tambahan pula, ia menyaksikan pelbagai negara luar yang bertanding iaitu dari Indonesia, Korea Selatan, Brunei dan juga dari Thailand. Peserta lelaki terdiri daripada Adzrin, Aziz Harun, Han-byul, Irfan Haris, Kucaimars dan Santesh. Manakala peserta perempuan ialah Chaleeda Gilbert, Dinda Permata, Fieya Julia, Neeta, Sheryl Shazwanie dan Syada Amzah. [1]

Seorang ikon tersohor tanah air iaitu Dato' Sri Siti Nurhaliza & Cakra Khan bergilir-gilir bersama Judika telah dilantik sebagai juri tetap rancangan ini. Sementara itu, seorang juri jemputan juga akan diundang khas secara bergilir pada setiap minggu untuk menyertai juri tetap untuk mengadili persembahan. Alif Satar dan Sherry Alhadad menggalas tugas sebagai pengacara konsert mingguan Big Stage. Live Plus Big Stage pula, Radin yang merupakan Personaliti dari ERA bergandingan bersama Sissy Imann menjadi pengacara untuk belakang tabir manakala Studio Big Stage dikendalikan oleh Hani Fadzil yang juga Personaliti dari ERA menjadi pengacara untuk kapsul harian serta perkembangan bintang-bintang Big Stage membuat persiapan dan latihan menjelang konsert mingguan.